Anda di halaman 1dari 12

SIRI 3:

KISAH NABI YUSUF


DI PENJARA
Berita mengenai perbuatan Zulaikha tersebar dalam kalangan hamba di
dalam rumah gabenor Aziz.

Walaupun Gabenor berasa sedih atas kejadian yang berlaku, beliau tidak
menghebohkan cerita tersebut.

Dia tidak mahu nama baik serta reputasinya terjejas dan meminta isterinya
bertaubat.

Namun, menjadi kebiasaan bagi golongan kaya suka bergosip semasa


menjamu selera.

Cerita mengenai Zulaikha mula tersebar di seluruh kota Mesir.


Zulaikha berasa tertekan akan gosip serta penghinaan tersebut.

Untuk membuktikan dirinya tidak bersalah, dia membuat satu rancangan.

Dia merancang untuk memberikan wanita-wanita itu godaan yang sama


seperti yang dihadapinya.

Dia menjemput semua wanita di seluruh Kota Mesir makan tengah hari
dirumahnya.

Mereka semua tidak mahu melepaskan peluang makan bersama isteri


Gabenor.
Di hadapan tetamunya, Zulaikha membuat pengakuan bahawa dia telah jatuh
cinta dengan Yusuf a.s. Para tetamu terkejut dengan pengakuan Zulaikha.

Zulaikha menyediakan sebiji epal dan pisau yang tajam kepada semua
tetamu selepas mereka menjamu selera.

Sebaik sahaja, para tetamu mengupas epal tersebut, Zulaikha memanggil


Yusuf masuk ke ruang tamu.

Kesemua wanita tergamam dan terdiam. Mereka memandang ke arah Yusuf


a.s dan melihat ketampanannya. Mereka terlupa bahawa mereka sedang
mengupas tapak tangan mereka sendiri.
Surah yusuf ayat 31-34.
 Zulaikha memberi amaran kepada Yusuf , sekiranya dia enggan melakukan
seperti yang diarahkan, maka dia akan dipenjarakan.

Kata-kata Zulaikha tersebut membawa satu lagi fasa percubaan untuk Yusuf
a.s. Dia meminta pertolongan daripada Allah SWT.

Nabi Yusuf a.s yakin hidup di dalam penjara lebih baik dari di rumah
Gabenor Aziz.

Allah SWT mengabulkan doa Yusuf a.s dan menyelamatkan baginda


daripada rancangan Zulaikha.
 Pada petang itu, Zulaikha meyakinkan suaminya untuk meletakkan Yusuf
a.s ke dalam penjara sebagai satu cara untuk menyelamatkan maruahnya.

Gabenor Aziz mengetahui bahawa Yusuf a.s tidak bersalah.Yusuf a.s


merupakan seorang pemuda yang jujur, hamba yang setia dan beliau amat
menyayanginya. Dengan hati yang berat, malam itu juga, Gabenor Aziz
menghantar Yusuf a.s ke dalam penjara.

Dalam tempoh dipenjarakan, Allah SWT merahmati beliau dengan


pemberian istimewa, iaitu kebolehan mentafsir mimpi.
 Pada masa yang sama, 2 orang lelaki di masukkan ke dalam penjara.
Seorang merupakan pelayan raja, manakala seorang lagi merupakan tukang
masak diraja.

Kedua-dua mereka dapat merasakan bahawa Yusuf a.s bukanlah seorang


pesalah kerana aura suci yang terpancar dimukanya.

Kedua-duan lelaki itu bermimpi dan mereka sungguh risau akan mimpi
tersebut. Tukang masak bermimpi bahawa dia sedang berdiri di suatu tempat
yang mana terdapat roti di atas kepalanya. Terdapat 2 ekor burung makan roti
tersebut. Pelayan raja pula bermimpi sedang menuang air kepada raja.
Kedua-dua lelaki tersebut menceritakan mimpi tersebut kepada Nabi Yusuf
a.s. Mereka meminta Yusuf a.s mentafsir mimpi tersebut.

Yusuf a.s memohon pertolongan kepada Allah SWT. Baginda berkata


bahawa kepada tukang masak diraja akan disalib sehingga mati. Pelayan raja
pula akan kembali berkhidmat kepada raja.

Tafsiran mimpi Yusuf a.s benar-benar terjadi. Tukan masak itu disalib dan
pelayan raja pula kembali berkhidmat kepada raja.
Yusuf a.s memberitahu pelayan raja itu supaya mengingatkan raja bahawa
terdapat seorang lelaki yang bernama Yusuf yang tidak berslah berada di
dalam penjara. Baginda berharap raja akan melihat kesnya dan membebaskan
dirinya.

Disebabkan bisikan dan helah syaitan, pelayan raja lupa akn janjikan kepada
Yusuf a.s.

Maka Yusuf a.s kekal berada di dalam penjara untuk beberapa tahun lagi.
Namun begitu, sepanjang tempoh tersebut, Yusuf a.s tetap bersabar dan yakin
akan Allah SWT.

Anda mungkin juga menyukai